Semua agama menetapkan judi itu haram seperti mana zina, membunuh dan lain-lain perbuatan memudaratkan diri mahupun masyarakat. Namun, negara kita mengikut sistem di Barat di mana ada judi ‘dihalalkan’ dengan pemberian lesen operasi.

Bagaimanapun, sasaran PDRM kini adalah pusat judi tidak berlesen yang berselindung di sebalik cermin gelap atau pun lokasi-lokasi terpencil bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan juga penduduk setempat.

Jangan pertikai kecekapan PDRM membanteras pusat judi haram ini jika kita sebagai rakyat tidak mahu mengambil masa satu minit untuk menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya tauke-tauke penjenayah ini.

Lebih-lebih lagi, tauke-tauke judi ini menjadi ancaman besar kerana menjadi ‘penaja’ ahli atau parti politik tertentu sehingga mampu campur tangan dalam pentadbiran negeri serta negara.

Berikut adalah nombor telefon di setiap Bilik Gerakan Khas PDRM untuk pusat judi haram di setiap kontinjen negeri:

Perlis: 04-9082273

Kedah: 04-7741379

Pulau Pinang: 04-2221722

Perak: 05-2451222

Selangor: 03-55145168

Negeri Sembilan: 06-7682340

Melaka: 06-2854222

Johor: 07-2254422

Kelantan: 09-7455636

Terengganu: 09-6354814

Pahang: 09-5052269

Sabah: 088-454851

Sarawak: 082-274213

Kuala Lumpur: 03-21460670

Bukit Aman: 03-22666261

Banteras sebelum parah, cegah sebelum jadi barah. Satu minit untuk melaporkan aktiviti jenayah menjadi penentu nasib anak cucu kita kelak.

KAMAL HASAN

Batu Caves, Selangor