Kami memohon kerajaan Pakatan Harapan terutama Menteri Pengangkutan baharu dan pihak pengurusan tertinggi KTMB membatalkan pelaksanaan sistem parkir berbayar di stesen ini kerana ketika ini ia sangat membebankan para pengguna dengan peningkatan kos sara hidup yang terpaksa pengguna tanggung.

Kebanyakan pengguna perkhidmatan komuter ini juga terdiri daripada golongan berpendapatan rendah di negeri Perlis. 
Justeru itu, wajar kiranya pihak kerajaan membatalkan perkara ini demi kebaikan rakyat yang ketika ini sedang menanggung bebanan hutang negara yang belum selesai.

PENUMPANG KTMB SEKTOR UTARA