Bencana itu sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu yang berpunca limpahan air dari sungai berhampiran setiap kali musim hujan.

Banjir lambat surut kerana sistem saliran yang terdapat di kawasan berkenaan tidak berfungsi dengan sempurna.

Sehubungan itu, MPM perlu menjalankan kajian secara terperinci dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mengetahui punca air sungai di kawasan berkenaan sering melimpah ketika hujan.

Sistem saliran yang terdapat di kampung itu juga perlu dibaiki agar aliran air menjadi lancar.

Jika masalah banjir tidak ditangani secepat mungkin, bukan saja harta benda penduduk yang akan rosak malah boleh menyebabkan penularan penyakit berjangkit.

SAHABAT ALAM MALAYSIA (SAM)

Pulau Pinang