Melalui beberapa gambar dikongsi dalam media sosial, pegawai-pegawai terbabit dilihat membantu membawa anak-anak kecil keluarga tersebut menaiki kenderaan JPJ menuju ke destinasi ibu bapa mereka.

Walaupun ibu bapa tersebut melakukan kesalahan, pegawai terbabit tetap mengutamakan keselamatan mereka dan membantu keluarga yang kelihatan tidak mampu membeli kereta.

Sikap mereka perlu dipuji dan kejadian seumpama ini perlu dihebahkan kepada umum bagi menangkis kisah negatif mahupun fitnah terhadap JPJ mahupun mana-mana anggota beruniform.

Tunjukkan sisi kemanusiaan anggota beruniform sebegini supaya rakyat tidak terus termakan dakyah memburukkan imej penjawat awam disebabkan beberapa ‘epal busuk’ sedangkan majoritinya berintegriti tinggi dan amanah menjalankan tugas.

RIDHUAN HASAN
Kuantan, Pahang