Pihak Careline Touch n Go telah menghubungi NIK AZIZ NIK MOOD bagi memaklumkan status terkini mengenai aduannya, pada hari sama surat pembaca itu disiarkan.

Untuk makluman, pembayaran baki pengadu sedang diproses dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun banknya pada 27 Januari 2017.

Kami kesal atas kesulitan yang dialami oleh pengadu dan akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami pada masa depan.

Untuk makluman lanjut mengenai pembayaran elektronik Touch n Go atau sebarang produk dan perkhidmatan, layari www.touchngo.com.my atau ikuti Facebook dan Twitter kami di @MyTouchnGo atau SMS TNG <pertanyaan> HANTAR kepada 36266 atau e-mel [email protected] atau hubungi Touch n Go Careline di 03-27148888.

SYAHRUNIZAM TAN SRI SAMSUDIN

Ketua Pegawai Eksekutif

Touch n Go Sdn. Bhd.