Sebagai tenaga pengajar, saya juga berhadapan dengan soalan daripada pelajar selain masyarakat umum yang keliru dengan ejaan sebenar kota tersebut yang kini menjadi tumpuan global.

Sehubungan itu, saya mengambil inisiatif menyemak Kamus Dewan menerusi laman http://prpm.dbp.gov.my dan mendapati ejaan sebenar ialah Baitulmuqaddis dan bukan Baitulmaqdis.

Dengan ini, saya berharap semua pihak dapat menyeragamkan ejaan kepada Baitulmuqaddis seperti mana terkandung dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang menjadi rujukan utama apabila membabitkan bahasa Melayu.

CELIK KAMUS, Kuala Lumpur.