Sejak beberapa hari lalu, kejadian tanah runtuh berlaku akibat hujan lebat. Apa yang membimbangkan, keadaan tersebut langsung tidak mendapat perhatian daripada mana-mana pihak.

Terbaharu kejadian tanah runtuh turut berlaku berdekatan Taman Rekreasi Lubuk Manggis yang menyebabkan lalu lintas terganggu malah membahayakan pengguna jalan raya terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum apabila aliran trafik di kawasan tersebut mula meningkat.

Kejadian kemalangan terutama melibatkan penunggang motosikal juga kerap berlaku. Apa yang dikesalkan, pihak yang bertanggungjawab telah dimaklumkan dan hanya melakukan kerja-kerja pemulihan sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.

Mohon pihak yang bertanggungjawab segera melakukan kerja-kerja membaikpulih kawasan lereng tersebut agar kejadian sama tidak berulang lagi.

PENDUDUK PRIHATIN

Hulu Langat, Selangor