Kejadian runtuhan cerun tersebut telah berlaku pada 5 Oktober 2017 tetapi sehingga kini tidak nampak apa-apa kerja pembaikan dijalankan di kawasan tersebut.

Kejadian runtuhan itu juga telah dilaporkan dalam berita perdana di TV1 sebelum ini.

Keadaan laluan itu sekarang amat berbahaya kepada pengguna jalan raya kerana boleh berlaku runtuhan cerun pada bila-bila masa sahaja lebih-lebih lagi ketika hujan lebat.

Laluan itu juga adalah satu-satunya jalan yang menghubungkan kawasan timur dan barat Semenanjung. Buat pengetahuan pihak JKR, sekarang ini masih terdapat runtuhan-runtuhan kecil yang berlaku setiap hari.

Sepatutnya Ketua Pengarah JKR lebih prihatin dan memandang serius tentang masalah ini kerana ini melibatkan isu keselamatan pengguna jalan raya yang melalui laluan tersebut.

Diharap pihak JKR tidak menunggu sehingga berlakunya kehilangan nyawa sebelum menjalankan kerja-kerja pembaikan. Diharapkan aduan saya ini mendapat perhatian JKR dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

RUSLAN ZAKARIA
Gerik, Perak