SAUDARA PENGARANG, PENGGUNAAN merkuri atau raksa dalam bahan kosmetik boleh menjejaskan kesihatan antaranya meningkatkan risiko kegagalan buah pinggang dan gangguan sistem saraf. Selain itu, kesan penggunaan merkuri dalam kosmetik juga akan mengakibatkan pengguna mudah letih, sakit kepala, kebas kaki dan tangan serta kemurungan.
Bagi ibu hamil pula, penggunaan kosmetik mengandungi merkuri boleh mengganggu perkembangan sistem saraf bayi dalam kandungan memandangkan bahan berkenaan boleh diserap masuk ke dalam darah ibu dan bayi melalui kulit.
Bukan itu sahaja merkuri yang dicampurkan ke dalam kosmetik turut mengakibatkan kegagalan fungsi ginjal, gangguan mental serta merosakkan kulit.
Lebih buruk lagi, penggunaan produk kosmetik yang mengandungi merkuri secara berterusan berisiko untuk mendapat kanser serviks.
Saya berharap pengusaha-pengusaha kosmetik yang degil ini perlu dikenakan tindakan tegas.
NORHAFIZAH MUJIB
Nilai
Kesal dikenakan bayaran parkir