Bagi saya kejayaan tersebut adalah hasil daripada kerja keras sepasukan melibatkan semua pemain serta jurulatih demi menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa. Perlu diakui bukan mudah untuk menewaskan Arab Saudi lebih-lebih lagi dengan statusnya sebagai naib juara 2013.

Namun anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee berjaya membuktikan bahawa Malaysia mampu membuat kejutan. Rembatan cantik pemain tengah, Danial Norhisham pada minit ke-28 telah menceritakan segala-galanya iaitu saingan Malaysia dalam kejohanan AFC B-23 di Kunshan, China masih belum tamat. Ayuh tunjukkan taringmu. Hadapilah cabaran Korea Selatan dengan tenang. Kami di tanah air sentiasa mendoakan kejayaan kalian.

PENYOKONG SETIA

Kepong