Justeru saya amat berharap, pasukan Harimau Malaya mampu menjinakkan pasukan Myanmar dalam perlawanan penting malam ini di Stadium Nasional Bukit, Jalil. Gunakanlah kelebihan sebagai tuan rumah untuk mendapat tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut.

Kepada semua penyokong Harimau Malaya, turunlah beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada skuad bola sepak kebangsaan. Perlawanan antara Malaysia dan Myanmar boleh kita umpamakan perlawanan hidup dan mati.

Jika kalah, Malaysia terpaksa mengharungi keadaan yang lebih perit lagi untuk perlawanan-perlawanan seterusnya. Dengan kata lain perlawanan malam ini adalah perlawanan wajib menang. Tidak boleh seri. Harimau Malaya tiada pilihan jika mahu menjulang Piala AFF 2018.

Saya percaya Harimau Malaya mampu buktikan sesuatu kepada peminat-peminat bola sepak tanah air bahawa skuad yang ada sekarang adalah yang pasukan terbaik apabila melibatkan gabungan antara pemain muda dan pemain lama.

Diharapkan juga sepanjang 90 minit perlawanan para penonton dapat memberikan sorakan menaikkan semangat kepada para pemain. Myanmar adalah sebuah pasukan yang kuat dan setakat ini skuad itu tidak pernah kalah.

AMAR

Kepong