Saya mengambil contoh ayam golek yang lazimnya ditemui di bazar Ramadan mahupun gerai atau lori kecil kini dijual antara RM22 hingga RM30, malah mungkin lebih mahal daripada itu di sesetengah tempat.

Bukan untuk promosi percuma tapi cuba bandingkan pula ayam panggang Ayamas yang dijual pada harga RM17.80 seekor pada 15 dan 30 haribulan setiap bulan. Pada hari biasa, beli dua ekor untuk harga promosi RM35.60 (bersamaan RM17.80 seekor).

Dari segi saiz, ayam golek biasanya bersaiz sederhana sementara Ayamas bersaiz besar. Saya faham ada faktor-faktor lain memainkan peranan tetapi tidak masuk akal bila perbezaan harganya begitu ketara sedangkan sebelum ini ayam golek tidak lebih RM15.

Isunya adalah kapitalisme, ayam mentah kecil dan sederhana sekitar RM10 dinaikkan harga berkali ganda supaya tidak akan rugi sekalipun tidak habis dijual.

Maaf jika berkasar tetapi Yahudi berniaga pun tidak sampai ke tahap itu. Kalau tidak mahu rugi langsung janganlah berniaga, takut hilang berkatnya dan mengundang bala sumpahan pengguna.

HANTU AYAM

Batu Caves, Selangor