Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Awas sindiket beri ‘gula-gula’ ekstasi kepada kanak-kanak

SAYA berasa sangat terkejut dengan penularan maklumat berhubung pengedaran pil ekstasi yang didatangkan dalam bentuk gula-gula berkarakter kartun.

GAMBAR menunjukkan gula-gula yang didakwa sebagai pil ekstasi disebar melalui aplikasi WhatsApp sejak hujung bulan lalu. GAMBAR IHSAN PEMBACA

Maklumat diterima daripada grup WhatsApp memaparkan gambar pil ekstasi berwarna merah jambu dengan pesanan dalam bahasa Inggeris berbunyi “Please show this to your kids and warn them not to take this from their friends because it is not candy!!! It is ecstasy!!! Please forward to everyone you know!!!”

Perkembangan terbaharu itu sangat menakutkan semua ibu bapa, apatah lagi pil berkenaan didatangkan dalam bentuk kartun dan sudah semestinya menarik perhatian kanak-kanak. Siapa pun tidak akan mengesyaki pil itu adalah dadah ekstasi. Saya yakin kegiatan sedemikian sudah lama berlaku cuma baru-baru sahaja ditularkan.

Seperti yang pernah didedahkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), penyalahgunaan dadah di Malaysia kini sudah menular dalam kalangan pelajar dan dikenal pasti kanak-kanak seawal usia tujuh tahun sudah ketagihan dadah.

Ketagihan bermula setelah kanak-kanak diberi gula-gula percuma yang telah pun dicampur dengan dadah oleh pengedar dadah. Lebih tidak disangka trend sindiket dadah mempergunakan golongan muda khususnya pelajar sekolah untuk mengedar pil ekstasi dan syabu.

Perkara tersebut cukup membimbangkan kerana sindiket itu dilihat mengambil kesempatan ke atas golongan muda yang dikategorikan sebagai juvana dan tidak terikat dengan hukuman berat. Jelas sekali sindiket pengedaran dadah sudah semakin rakus menjalankan kegiatan mereka sehinggakan remaja dan kanak-kanak tidak terkecuali dijadikan mangsa.

Jika mereka sudah semakin kejam, saya rasa tindakan sama juga harus perlu diambil. Sudah tiba masanya kerajaan menggubal akta berkaitan dadah yang lebih menyeluruh termasuk mengenakan hukuman lebih keras terhadap remaja yang didapati bersalah mengedar dadah. Kita tidak harus lagi bersikap apologetik berkaitan isu berkenaan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain