Autisme sebenarnya bukanlah satu gangguan (kecuali digabungkan dengan masalah kognitif yang lain). Kalau diambil kira, 50 bahkan 100 tahun lalu, mereka yang autisme tidak pun diberi sebarang pelabelan. Mereka terus dibesarkan dalam masyarakat yang mengenali mereka sejak dari kelahiran dan diterima seadanya. Bagi setiap kekurangan pada sifat manusia pastinya terdapat keupayaan atau kelebihan tersendiri melampaui neurotipikal. Manusia yang mempunyai minda autistik mungkin lebih bertanggungjawab terhadap kebanyakan pencapaian manusia utama.

Telah diketahui ramai dan terbukti bahawa jurutera, juruterbang, pakar bedah, saintis dan pereka cemerlang adalah mereka yang dikatakan ‘budak autisme’. Dan hari ini, walaupun ramai yang sudah dewasa, mereka akan diagnosis sebagai autisme berdasarkan senarai semak yang dikeluarkan. Hanya sekarang kita cuba menerima keadaan dan cuba memenuhi perbezaan yang telah ditetapkan.

Majoriti adalah neurotipikal (tidak memaparkan atau dicirikan oleh pola pemikiran atau tingkah laku yang tidak biasa secara autistik atau lain-lain neurologi) dan mereka akan bersekolah dan hidup seperti orang lain. Mana-mana kanak-kanak yang didapati tidak sesuai dengan acuan kebiasaan akan dikatakan mempunyai gangguan dan perlu diberi perhatian perubatan.

Saya berpendapat bahawa ia lebih kepada bagaimana kita menjadi ibu bapa kepada anak-anak kita. Anak-anak autisme tidak membesar seperti mana dan sebagai sebahagian daripada masyarakat dan ibu bapa cenderung untuk cepat lepas tangan bagi keluar daripada permasalahan (yang dirasakan) seterusnya. Mereka mahukan anak-anak mereka mendapat perhatian sehingga mampu menjadi pakar bedah otak dengan karisma bintang kanak-kanak. Yang hairannya, anak-anak autisme yang akan terpaksa duduk di sekolah selama berjam-jam setiap hari berbanding anak normal biasa dan ini adalah merupakan sesuatu yang benar-benar luar biasa. Akhirnya, cubaan untuk merawat anak autisme menjadi sesuatu yang lebih merosakkan.

Autisme bukanlah masalah yang besar. Ia boleh menjadi sesuatu anugerah perkadaran yang luar biasa dengan sokongan dan keibubapaan yang betul. Adalah tidak adil kepada mereka untuk harus merasa terganggu kerana otak pemikiran mereka berfungsi dengan cara yang berbeza. Kepelbagaian neuro perlu diterima dan diraikan.

AZIZI AHMAD

Institut Pendidikan Guru 
Kampus Bahasa Antarabangsa