Kenapa bila mahu menarik penyertaan kaum lain, baharu mahu menaikkan gaji anggota tentera? Apakah anggota tentera daripada kaum Melayu tidak perlu gaji yang besar? Nak jadi tentera perlu berkorban dan patriotik, bukan gaji yang besar.

Apakah nanti ada dua tangga gaji dibuat yang mana pegawai dan anggota tentera Cina akan diberi gaji yang tinggi daripada pegawai dan anggota Melayu? Seperti mana yang telah lama diamalkan oleh pihak swasta yang mana gaji pekerja Melayu lebih rendah daripada gaji pekerja Cina.

Sebab itu jarang dan kurang kita nampak pekerja Cina bekerja di kedai kain, kedai serbaneka, mungkin kerana gaji yang rendah. Kalau ada pun mungkin gaji mereka berbeza dengan gaji pekerja Melayu?

AZIZIM BEDFORD 
CLUNY ESTATE

Perak