Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Atasi tekanan air rendah di Kangar

SAUDARA PENGARANG SAYA ingin merujuk berhubung pengurusan bekalan air di Perlis yang telah diswastakan sejak dua tahun lalu. Berikutan langkah penswastaan tersebut pihak kerajaan negeri telah menubuhkan Syarikat Air Perlis atau singkatannya SAP bagi tujuan menguruskan keperluan asas itu di negeri berkenaan.

Justeru segala hal serta isu berkaitan bekalan air mulai tahun berkenaan adalah di bawah tanggungjawab SAP. Oleh itu, sebagai penduduk Perlis saya memohon jasa baik SAP yang merupakan pengurus bekalan air di negeri ini agar dapat mengatasi masalah tekanan air rendah di beberapa kawasan perumahan khususnya di sekitar bandar Kangar.

Untuk makluman SAP, dalam tempoh sebulan lalu sehingga sekarang isu tekanan air rendah di beberapa kawasan perumahan di Kangar semakin meruncing. Tekanan air yang dibekalkan tidak kuat dan ini menyebabkan air tidak dapat disalurkan ke tangki air rumah.

Keadaan itu biasanya berlaku pada pukul 11 pagi sehingga 12 malam. Sememangnya situasi ini menjejaskan kehidupan seharian saya sekeluarga dan jiran-jiran lain apabila banyak kerja rumah tertangguh gara-gara masalah tekanan air rendah.

Disebabkan masalah itu kami tidak boleh mencuci pakaian, peralatan dapur dan lebih malang lagi menjejaskan kebersihan diri. Sebelum pengurusan air diambil alih oleh SAP, kami tidak pernah pula berhadapan dengan isu yang serumit ini.

Ketika itu bekalan air di Perlis dikendalikan oleh Bahagian Bekalan Air Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis. Jika berlaku masalah tekanan air rendah sekalipun tidaklah berpanjangan seperti sekarang.

Saya mohon maaf jika ada pihak yang cuba mempertikaikannya namun niat saya adalah semata-mata untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera. Pada masa sama amatlah diharapkan agar isu yang dibangkitkan ini tidak dilihat dari sudut negatif.

Saya sebenarnya percaya SAP ada cara untuk menangani masalah ini dengan berkesan. Saya juga yakin SAP akan melakukan apa sahaja untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk Perlis secara keseluruhannya.

Dalam pada itu, saya tidak menafikan apabila satu agensi kerajaan itu diswastakan pengguna akan meletakkan satu jangkaan yang lebih tinggi atas perkhidmatan yang diberikan.

SANG DAPUTA SANGHYANG

Kangar, Perlis

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain