Kemudian tular dalam media sosial rakaman seorang murid mahu memukul guru di dalam darjah dipercayai di Sandakan, Sabah.

Belum lagi mengambil kira pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bahawa kerjaya perguruan menyebabkan kemurungan terutama sekali dalam kalangan guru di kawasan bandar.

Ketika Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan sekolah persendirian menengah Cina (SPMC) mendapat perhatian penuh ahli politik, kami warga pendidik sekolah kerajaan tertanya-tanya bila agaknya nasib guru mahu diperjuangkan.

Tidak perlu bermewah dengan gaji besar atau peralatan canggih, cukuplah jika beban kerja guru dapat dikurangkan supaya kami boleh kembali fokus kepada mendidik anak bangsa dan generasi pewaris negara.

Di pedalaman bersabung nyawa, di bandar bergelut kemurungan. Semuanya demi mendidik anak-anak kecil menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara kelak.

Semoga pengorbanan kami tidak sia-sia belaka.

GURU VETERAN

Pontian, Johor