Ini terutamanya apabila menelefon talian customer care. Sudahlah mesin yang jawab, terpaksa menunggu lama, bila dapat bercakap dengan operator pelanggan pula tiba-tiba dia memotong perbualan dan masuk ke dalam mesin semula.

Janganlah hanya lembut lidah bila hendakkan duit pelanggan, tetapi bila hendak bertanya atau dalam masalah, cukup payah pula untuk dihubungi.

Operator pula jawab macam suara orang malas dan mahu cepat menghentikan perbualan. Saya pun terkejut, betulkah saya menelefon talian customer care dengan ucapan selamat apa pun tidak ada dan suara cukup perlahan macam orang belum makan. Sudah dua kali saya berhadapan situasi seperti ini ketika menghubungi Zurich, kali pertama ketika anak saya sakit hendak masuk hospital, hujung tahun lalu.

Saya berpendapat, syarikat ini perlu memberi latihan kepada pekerja-pekerjanya macam mana cara jawab telefon. Inikah yang dikatakan memberi khidmat terbaik kepada pelanggan?

MAKCIK BAWANG

Kuala Lumpur