Suatu ketika dulu, akhbar ini pernah mengadakan Peraduan Teka Bola dan Peraduan Teka Sepak Takraw di ruangan sukan.

Saya berharap kedua-dua peraduan itu dapat ‘dihidupkan’ semula bagi menarik lebih ramai golongan muda menyertainya, sekali gus menjadi pembaca tetap akhbar berkenaan.

Untuk menjayakannya, Utusan Malaysia disyor mendapatkan tajaan hadiah-hadiah menarik.

PEMBACA UTUSAN

Putrajaya