Tidak pasti apa pula alasannya selepas ‘salah titik perpuluhan’ dan ‘hentam sahaja’ dijadikan punca kesilapan tetapi jelas angka RM450 juta itu langsung tidak masuk akal.

Dengan kadar gaji bulanan penjawat awam sahaja sudah melebihi RM1 bilion, bagaimana PH membayar gaji sejak Mei lalu? Adakah mereka menggunakan dana Tabung Harapan Malaysia yang tidak sampai RM200 juta itu?

Syarikat besar di Malaysia rata-rata mempunyai aliran tunai RM500 juta, adakah kerajaan Malaysia lebih ‘miskin’ daripada sesebuah syarikat swasta? Mungkinkah kerajaan Malaysia sebenarnya miskin daripada negara-negara Afrika?

Sudah berulang kali diingatkan agar Lim Guan Eng berfikir sebelum bercakap, buang mentaliti pembangkang dan jaga lagak sebagai wakil pemerintah.

Bukan sahaja memalukan diri sendiri dan keluarga, Perdana Menteri yang melantik beliau serta rakyat Malaysia juga tumpang malu sama.

Dari awal lantikan sampai sekarang masih terus memberi angka merepek konon mahu tunjuk pandai dan buat kerja tetapi sebaliknya yang berlaku dan terpaksa mencari pelbagai alasan pula di kemudian hari.

Jika susah sangat, buat kenyataan bertulis sahaja yang angka-angkanya disahkan kakitangan Kementerian Kewangan, bukan kenyataan sensasi semata-mata untuk mendapat nama dan perhatian dalam akhbar tempatan.

FACEPALM

Putrajaya