Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Anak muda terlalu bebas

ANAK perempuan saya yang berusia 17 tahun meminta izin mengikut kawan-kawannya pergi melancong di sebuah resort di Pulau Langkawi sempena cuti sekolah pada Disember lalu.

Bayangkan pelajar sekolah mahu pergi berjalan dengan rakan-rakan, bercampur lelaki dan perempuan tanpa pengawasan guru mahupun orang dewasa.

Sebagai bapa sudah pasti saya menolak permintaannya kerana khuatir perkara buruk berlaku khususnya pergaulan bebas lelaki dan perempuan.

Paling mengejutkan, kebanyakan ibu bapa rakan-rakan anak saya memberi izin dengan alasan anak mereka perlu keluar melihat dunia, belajar berdikari dan berhibur sebelum berdepan peperiksaan besar.

Mungkin saya seorang bapa yang agak ‘kolot’ tetapi tidak masuk dek akal bagaimana ibu bapa di ibu kota berani melepaskan anak mereka pergi berjalan jauh tanpa pengawasan.

Jelas sikap tidak peduli ibu bapa atau terlalu memberi kebebasan sehinggakan budak sekolah dibiar keluar malam mahupun melancong bersendirian pasti memburukkan lagi gejala sosial anak muda di negara ini.

Jika tidak kuat agama sekalipun, biarlah ada sedikit adab budaya ketimuran, janganlah perasan sangat hendak jadi ‘mat saleh’.

BAPA TEGAS

Sri Hartamas, Kuala Lumpur

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain