Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ambil serius nasihat Sultan Johor

SAUDARA PENGARANG,

SULTAN yang berjiwa rakyat. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk saya gambarkan tentang Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar apabila baginda berkenan menziarah ibu bapa dan waris kepada lapan remaja berbasikal yang maut di bilik mayat Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada 18 Februari lalu.

Di samping mengucapkan takziah, Sultan Ibrahim turut melahirkan rasa sedih baginda dengan tragedi yang mengorbankan lapan remaja dalam sekelip mata. Inilah tanda keprihatinan baginda terhadap rakyat Johor. Keprihatinan Sultan Ibrahim ini amat saya kagumi.

Malah titipan serta kata-kata nasihat Sultan Ibrahim :”Biar dia menangis, jangan biar kita yang menangis” kepada ibu bapa serta waris remaja yang terkorban itu turut menunjukkan betapa kasih dan sayangnya baginda kepada rakyat Johor.

Saya amat berharap titipan nasihat Sultan Ibrahim ini bukan sahaja diambil berat oleh rakyat Johor tetapi oleh semua ibu bapa di seluruh negara. Ini satu nasihat yang amat baik datangnya daripada seorang sultan. Saya percaya antara mesej yang ingin baginda sampaikan adalah supaya ibu bapa sentiasa memerhatikan pergerakan anak-anak bagi mengelakkan berlakunya perkara buruk.

MOHD. FAIZAL ABDULLAH

Taman Sri Gombak

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain