Anggap sahaja Allah masih sayang dan tidak mahu ‘jodohkan’ dia dengan yang sama jenis, apatah lagi tidak dapat memberikan keperluan batin seorang suami dan juga kekangan organ melahirkan zuriat.

Sekalipun solek dan bedah jadi jantina atau spesies lain juga tidak dapat mencapai fitrah manusia sejati ciptaan tuhan. Dugaan mental usahawan LGBT ini juga tidak seberat dihadapi golongan khunsa yang jauh lebih besar cabaran hidup mereka.

Jika dahulu sudah taubat tetapi kembali ke lembah hina, mungkin ini peringatan kali kedua daripada Allah SWT agar diri, keluarga dan rakan-rakan sejenis bertaubat sebelum pintu taubat ditutup dengan tercabutnya nyawa.

Apapun, semoga usahawan tersebut serta golongan LGBT umumnya mendapat hidayah untuk kembali ke pangkal jalan, kembali kepada fitrah manusia, kembali kepada agama.

BAPAK NYAH

Kuala Lumpur