Ini kerana isu penyeludupan barang terkawal termasuk minyak merentasi sempadan ke negara jiran masih berleluasa sehingga sekarang.

Walaupun hanya segelintir pegawai yang terlibat, kegagalan mengekang aktiviti penyeludupan menunjukkan kegagalan pihak bekuasa khususnya daripada tiga agensi tersebut.

Situasi ini bukan sahaja membimbangkan penduduk setempat yang semakin hilang kepercayaan terhadap penguat kuasa malah bimbang ramai anak kampung turut terlibat dalam aktiviti sindiket penyeludupan.

Kegagalan menangani isu ini juga menunjukkan ketua yang lebih tinggi gagal mengekang mahu pun mengawal aktiviti haram rakan sekeja dan anak buah sendiri.

Sampai bila mahu dibiarkan aktiviti penyeludupan ini berleluasa?

Penyeludup umpama pengkhianat bangsa dan penguat kuasa yang amanah, jujur dan bertanggungjawab benteng terakhir di sempadan negara.

Harap perkara ini mendapat perhatian sewajarnya oleh ketua agensi serta menteri berwajib sebelum semua hak rakyat tergadai.

PENOREH TUA

Padang Terap, Kedah