Ini tidak menghairankan. Umur saya masuk 72 tahun sama dengan usia parti keramat ini. Semasa saya berada dalam darjah lima saya mengikuti jejak langkah arwah ayah mendermakan sehari lima sen dari duit belanja sekolah saya kepada parti. Sekarang UMNO ada tiga juta ahli. Jika satu minggu setiap ahli menyumbang satu ringgit, sudah berjuta-juta ringgit dapat dikumpulkan. Yang penting kita beri kesedaran kepada seluruh ahli.

Sekalipun wang dibekukan, ahli UMNO sendiri akan menderma kepada parti dan jika itu pun digugat, Pakatan Harapan akan menghadapi satu keadaan yang sangat menakutkan.

TINTA EMAS