Di mana jati diri mereka semua? Ada masalah sikit, bertindak keluar parti. Slogan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ letak di mana? Kalau sudah sertai satu-satu parti mesti mengharungi segala-galanya sama ada yang baik atau pun sebaliknya.

Susah senang bersama dalam semangat ukhwah persahabatan yang kental. Ini tidak, lari dari kenyataan dan masalah dalam parti. Lebih baik jadi orang awam biasa sahaja, tidak terlibat secara langsung dalam organisasi.

Kalau sikap seperti ini ada dalam individu kalangan ahli parti mahupun dari peringkat bawah sampai atasan, nampak gayanya ‘roh’ UMNO akan lemah dan kemungkinan tinggal nama saja dalam catatan sejarah!

Inilah yang kita tak mahu berlaku pada parti ‘keramat’ ini. Rapatkan kembali saf-saf yang telah disusun rapi sebelum ini. Bersihkan jiwa dan bangunkan UMNO di persada negara. Hanya parti ini saja yang teguh dalam membela agama, bangsa dan negara. Hidup UMNO!


PEMERHATI BESERI

Perlis