Difahamkan hanya 260 daripada 400 unit rumah itu dibuka kepada undi manakala selebihnya dijual kepada kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan harga RM160,000 seunit berbanding RM198,000. Apabila ditanya, mereka menafikan. Sedangkan ramai tahu ada kegiatan kroni dan ‘kabel’ seperti ini.

Projek Rumawip Residensi Wangsamas menjadi ‘rebutan’ ramai. Selain dijual pada harga RM198,000 seunit, projek rumah berkenaan juga terletak berhampiran stesen LRT. Sedangkan projek-projek lain di kawasan itu rata-ratanya mencecah RM400,000 seunit. Jadi tidak hairanlah orang yang ‘terlebih’ mampu pun mahu merebut unit-unit Rumawip itu.

Jika hal sebegini berterusan, sampai bila-bila pun golongan marhaen yang berpendapatan sederhana sukar mendapatkan rumah mampu milik. Di manakah keadilan untuk kami?

#MAMPUTENGOKSAHAJA

Wangsa Maju