Langkah itu telah mengakibatkan hampir semua tempat meletak kenderaan yang dikhaskan untuk pelanggan dipenuhi oleh mereka yang singgah membeli barangan di warung berkenaan.

Ini mengakibatkan pihak yang ingin berurusan di pejabat pos terpaksa meletakkan kenderaan mereka jauh dari situ.

Situasi berkenaan telah menimbulkan pelbagai kesusahan terutama kepada warga tua.

Banyak aduan telah dibuat kepada pengurus pejabat pos berkenaan namun tiada sebarang langkah susulan diambil.

Sehubungan itu, saya amat berharap pihak pengurusan kanan di Ibu pejabat Pos Malaysia Berhad mengambil berat masalah yang dihadapi rakyat.

KAMARULZANI SEMAN

Labis, Johor