Pembalak haram membawa pulang berjuta ringgit ‘percuma’ dan tiada masalah mengupah peguam paling handal menguruskan apa jua tindakan undang-undang.

Pemburu haram mungkin tidak setaraf pembalak tetapi masih mengaut untung atas angin sehingga ratusan ribu ringgit setiap tahun.

Agak membimbangkan melihat begitu banyak rampasan tetapi begitu sikit pendakwaan. Adakah golongan penjenayah ini kebal, pandai menghilangkan diri atau terlalu bijak untuk ditangkap?

Akhirnya anak cucu kita yang rugi kerana flora dan fauna habis musnah, yang tinggal cuma gambar dan kisah cerita dari zaman datuk dan nenek mereka.

PENCINTA ALAM
Johor Bahru