Ini kerana semua kesan kumulatif tahun-tahun kemudian yang kita bermewah. Apa yang dipersoalkan setelah dibatalkan projek-projek paip gas Sabah, kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura, kereta api Pantai Timur dan hanya perlu membayar penalti pembatalan hutang kita masih juga melebihi RM1 trilion.

Perdana Menteri tidak menyatakan dari mana hutang-hutang ini datang sama ada akibat belanja tahun kebelakangan atau kerana beberapa projek berkenaan.

BR1M yang saya maklum diambil daripada subsidi minyak oleh Petronas dan GST juga ada untuk menambah belanja pembangunan dan emolumen.

Adakah kerana cukai pendapatan M40 dikurangkan dan perbelanjaan lain yang tidak didedahkan oleh Perdana Menteri kini, meningkatkan hutang ini?

Kami berhak dimaklumkan sama ada hutang ini yang membuatkan kami terasa bersalah kerana bermewah walaupun nasib baik tidak ditambah RM800 lagi BR1M selepas pilihan raya lalu.

Adakah hutang 1MDB? Pada tahun 2020 nanti Tun Dr, Mahathir Mohamad bolehlah mengisytiharkan kita tidak lagi terjerat dengan risiko kadar faedah mahu pun pokok hutang lalu.

Semua petunjuk ekonomi boleh berkembang sehingga pemimpin yang akan datang dan menuju kegemilangan bermula dari detik 2020 bukannya bererti penamat kayu ukur Wawasan 2020. Namun sejarah mengajar kita agar tidak mengulangi masa-masa sukar dan getir yang akan dilalui sepanjang 2019 dan 2020.

DON

Perak