Sebagaimana diketahui umum, sekarang negara menanggung beban hutang yang terlalu banyak. Ketua jabatan sepatutnya mengawal segala perbelanjaan kerana keadaan ekonomi tidak menentu.

Tidak perlu mesyuarat diadakan di luar daerah kerana membazir sahaja menanggung perbelanjaan pegawai dan kakitangan yang begitu besar termasuk penginapan serta perbelanjaan lain dan bukannya ada isu yang penting hendak dibincangkan sangat, hanya berjalan-jalan sahaja. Berhemahlah menggunakan kewangan jabatan.

ANAK WATAN