Kecenderungan remaja untuk melarikan diri daripada konflik kognitif ini menyumbang kepada gejala sosial dan kemusnahan masa depan. Remaja yang mengalami kemurungan akibat kekecewaan melampau akan cenderung menamatkan riwayat mereka kerana tekanan ibu bapa dan sentiasa dihantui rasa bersalah kepada diri dan sekeliling. Sebaliknya remaja yang agresif meniru gaya dan tingkah laku rakan sebaya merasakan diri semakin kuat bila berada di dalam kelompok yang mempunyai persamaan. Apabila unsur-unsur negatif menjadi aspirasi remaja, maka wujudlah jenayah juvana di situ.

TELADAN negatif dari sekeliling merupakan penyumbang kepada berlaku
TELADAN negatif dari sekeliling merupakan penyumbang kepada berlaku jenayah juvana dalam kalangan remaja. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN

Di bahagian inilah, satu cadangan bagi memprogramkan semula minda remaja wujud iaitu dengan melibatkan remaja dalam program pembangunan sahsiah diri sama ada di sekolah atau universiti. Umum tahu tentang wujudnya program ini, namun tidak mampu melihat impak atau kesannya dengan mata kasar. Hal demikian ini kerana mereka mengharapkan perubahan mendadak dan serta merta dalam jiwa remaja. Sedangkan diri remaja itu hampir sebati dengan faktor-faktor penyumbang sejak bertahun tahun.

Kem pembangunan sahsiah diri ini mempunyai tentatif program padat yang melatih remaja menguruskan masa dengan cekap bagi menjayakan setiap aktiviti.

Aktiviti-aktiviti sebegini akan meningkatkan keyakinan diri remaja dan melancarkan proses komunikasi antara mereka serta mencabar pemikiran tidak rasional. Aktiviti-aktiviti berkumpulan lain yang diperuntukkan dalam modul kem akan memupuk sifat sabar dan toleransi, sifat ambil peduli, sentiasa meraikan perbezaan pendapat, membuat keputusan betul apabila tenang dan peluang berada dalam kelompok yang mempunyai persamaan baik.

Tidak dinafikan wujud satu fenomena di mana sekolah dan universiti terlalu menumpukan kepada pelajar cemerlang sehingga remaja yang bermasalah ini terus terabai dan terbuai dengan rakan sebaya dalam kelompok sama. Penambahbaikan sepatutnya dilakukan secara menyeluruh dan bukan hanya disasarkan kepada golongan yang menyumbang kepada statistik kecemerlangan.

NURUL’AIN HARIS
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Johor