Umum sedia maklum majoriti orang Melayu menolak cara liberal apatah lagi penampilan peguam kontroversi itu bukan atas kapasiti peribadi tetapi kerana kononnya mewakili Melayu dan Islam.

‘Kekebalan’ Siti di bawah kerajaan dahulu menjadi antara punca kemarahan orang Melayu dan Islam terhadap kerajaan Barisan Nasional dalam isu melibatkan bangsa Melayu dan agama Islam.

Saya harap Gobind boleh jelaskan kenapa beliau perlu pertahankan Siti sedangkan ada lebih banyak perkara penting yang memerlukan perhatian beliau seperti sikap kurang ajar pengguna media sosial terhadap institusi raja-raja Melayu.

KAMAL HASAN

Klang, Selangor