Jadi tidak hairanlah apabila kita mendengar agensi-agensi penguat kuasa ketika memberikan maklum balas kepada orang awam yang mempersoalkan kenapa tiada siasatan dijalankan ke atas laporan kes jenayah dan pelanggaran yang dilakukan oleh pihak media, tanpa segan silu menjawab, “tiada laporan diterima”.

Alasan ini memberikan tanggapan kepada orang awam bahawa penguatkuasaan undang-undang begitu cekap memandangkan tidak ada sebarang aduan diterima. Ia merupakan satu sistem yang memperhebatkan petunjuk prestasi utama (KPI) jabatan atau agensi terbabit dan memastikan perangkaan pelanggaran undang-undang seberapa samar yang boleh.

Sistem penguatkuasaan undang-undang yang direka semula secara keseluruhan menimbulkan banyak kelemahan. Tidak salah untuk menyatakan bahawa Pengurusan Berdasarkan Aduan dan Pengurusan Tanpa Tindakan adalah dua perkara yang sama! Misalnya, sejak beberapa dekad lalu, laporan oleh Ketua Audit Negara dipenuhi dengan kes-kes harga berlebihan yang dibayar untuk pembelian barangan dan perkhidmatan diperoleh oleh jabatan dan agensi kerajaan.

Baik polis mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengambil sebarang inisiatif untuk menyiasat dan mengambil tindakan sesudah menerima kes-kes dilaporkan itu kerana tiada sebarang ‘laporan rasmi’ dibuat. Inilah apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri sebagai rasuah secara menyeluruh dalam perkhidmatan awam.

Namun tanggapan sebegitu telah ditepis oleh bekas Ketua Pengarah SPRM yang berfalsafah mengatakan bayaran berlebihan atau terlebih bayar bagi barangan dan perkhidmatan seperti yang dilaporkan dalam laporan tahunan itu adalah hasil kerja ‘orang bodoh’ dan ‘kebodohan’ bukanlah satu kesalahan. Justeru, SPRM tidak dapat mengambil tindakan di sebabkan kebodohan seseorang.

Hentikan segera sistem Pengurusan Berdasarkan Aduan dan kembalikan sistem yang mengenakan tindakan disiplin yang tegas termasuk penamatan perkhidmatan dalam usaha mempertingkatkan birokrasi dan jangan berfikir untuk mengembalikan desk file system, manual prosedur kerja dan carta aliran kerja sebagai penyelesaian menyeluruh panakea bagi masalah kecekapan dalam perkhidmatan awam.

S.M. MOHAMED IDRIS

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang