Rata-ratanya masakan dengan ‘rasa asli’ tukang masak Indonesia atau Bangladesh sehinggakan tekak sudah hilang selera dan nikmat makan.

Setiap hari makanan dikunyah semata-mata untuk mengisi perut kosong kerana nikmat masakan Melayu sebenar sudah pupus daripada ingatan.

Mungkin sebab itu gerai nasi lemak tempatan kini begitu laris kerana rakyat Malaysia rindukan rasa dan nikmat masakan tradisi tempatan.

Itu masalahnya bila keuntungan lebih penting daripada warisan tradisi sehinggakan budaya serta resipi tradisional kita semakin hilang.

RINDU MASAKAN IBU

Kuala Lumpur