Kita mulakan dengan yang asas iaitu melebihi pencapaian. Keadaan ini adalah di mana anda berada di luar batas kemampuan dan anda tahu mengenainya. Apa yang lebih buruk adalah mereka tahu dan akan menuntut apa yang diperkatakan oleh anda. Mereka tahu anda tidak mempunyai kecekapan untuk mencapai apa yang telah dinyatakan. Mereka tahu anda tidak tahu apa yang anda katakan. Dorongan untuk bertindak seolah-olah kita tahu sesuatu, adalah baik tetapi lebih bijak untuk bertindak jika kita boleh menyelesaikan apa yang telah kita mulakan.

Satu-satunya orang yang boleh ‘mengangkat diri’ sendiri adalah anda. Namun mengangkat diri sendiri merupakan satu tindakan berbahaya. Tindakan ini juga dinamakan sebagai bercakap besar dan semua orang tidak menyukai sikap ini. Dan apabila seluruh pasukan terlibat, perkara terakhir yang mereka mahu dengar daripada anda adalah: “Lihatlah apa yang saya telah lakukan!”

Dalam apa jua keadaan, anda mungkin berfikir anda pintar, anda mungkin fikir anda mempunyai penyelesaian tetapi jangan melampaui ketua anda. Ini adalah ‘dosa’ kerjaya. Ia biasanya berlaku kerana kurang kesabaran untuk mendapatkan perkara yang dilakukan. Kita digesa untuk mempercayai dan yakin dengan ‘keunggulan’ mereka. Cuba berbincang dengan mereka jika anda mempunyai idea yang menarik. Kita tidak digalakkan berkasar dengan mereka kerana ia adalah satu perkara yang serius, ia adalah satu bentuk paling berbahaya yang anda lakukan. Apabila anda membuat mereka kelihatan tergugat, seperti meletakkan kerja sendiri kepada risiko.

Dalam sebarang kerjaya, kegagalan terbesar adalah ada yang memberikan maklumat tidak tepat kepada pihak atasan. Kita sering memberi alasan jika kita gagal, sering mengambil jalan pintas, bergegas dan mengelak tugasan terperinci dalam memastikan integriti maklumat. Ketidaktepatan dan kredibiliti akan jelas menyerlah dengan cepat. Walaupun kita mampu memulihkan kesilapan, ketidakpercayaan akan kekal terhadap kita.

Pihak atasan lain boleh menjadi mangsa kepada ego anda. Anda mungkin berada dalam satu mesyuarat dan anda mahu membuktikan seseorang itu salah (atau lebih teruk lagi, membuktikan bahawa anda betul). Jadi anda secara terang-terangan mencabar mereka di hadapan ketua mereka (atau lebih teruk, rakan-rakan mereka) demi kebenaran. Mereka akan kenang hari mereka dimalukan dan mungkin suatu hari, mereka akan menjadi ketua anda. Apabila anda tidak boleh menghasilkan apa yang dijanjikan, anda telah meningkatkan tekanan kepada diri sendiri dan mungkin cuba meningkatkan kejayaan pasukan sendiri untuk mengekalkan reputasi anda.

Dorongan untuk bertindak seolah-olah kita boleh mencapai sesuatu yang mustahil adalah baik, tetapi ia adalah bijak untuk bertindak jika kita boleh menyelesaikan apa yang kita mulakan. Cuba anda fikirkan di sepanjang kerjaya, adakah anda telah melakukan semua ini? Memang pengalaman pembelajaran ini tidak menyenangkan dan menyakitkan, namun elakkan daripada melakukan kesilapan politik pejabat yang tidak berkesan ini.

AZIZI AHMAD

Kuala Lumpur