Penulis memetik artikel oleh Joyce Tan dalam laman web rasmi DAP yang cuba mengangkat Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kononnya diterima untuk kemasukan ke Universiti Oxford, Universiti Cambridge, Universiti Kebangsaan Australia, Universiti Kyoto, Institut Teknologi California dan Universiti Peking.

Perkongsian maklumat dalam media sosial baru-baru ini membuktikan Universiti Oxford tidak mengiktiraf UEC sebaliknya hanya Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan kelulusan AAA akan dinilai panel permohonan pelajar baharu.

Seperti mana Joyce Tan menggunakan statistik pelajar Melayu dalam sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) untuk mengaburi mata pembaca kononnya ramai pelajar Melayu memasuki sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) dan mengambil UEC, penipuannya mengenai pengiktirafan Universiti Oxford juga kini telah terbongkar.

Melihatkan komen-komen orang Cina dalam portal berita prokerajaan jelas menunjukkan mereka tidak fasih berbahasa Melayu dengan rata-ratanya menulis komen dalam bahasa Inggeris dan mengelak menjawab soalan diajukan dalam bahasa Melayu.

Kini dimomokkan kononnya UEC mempunyai syarat kredit bahasa Melayu pula seolah-olah taraf kredit itu sama dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Manifesto Barisan Nasional juga memang menyebut pengiktirafan UEC asalkan diwajibkan lulus bahasa Melayu dan Sejarah peringkat SPM tetapi ditolak keras persatuan ‘ultrakiasu’ Dong Zong.

Terang lagi bersuluh UEC dan SMPC menggalakkan hidup umpama ‘katak bawah tempurung’ bagi generasi muda Cina disebabkan ibu bapa mereka tidak mahu bercampur dengan kaum-kaum lain di negara ini.

Lagi tinggi isu ini cuba diangkat, lagi jauh orang Melayu daripada kerajaan dan dikhuatiri membawa kepada kebangkitan yang menggegarkan negara.

GRADUAN MELAYU

Universiti Coventry, Britain