Bayangkan bas sekolah buruk mahupun baharu diberikan kebenaran menggunakan warna korporat sesuatu kolej, sekolah tahfiz, institusi pengaji tinggi awam mahupun swasta dan sebagainya. Bilangannya berlambak-lambak seperti sudah tidak terkawal.

Kebanyakan pengusahanya adalah penipu belaka. Bertopengkan logo korporat untuk menipu orang ramai dan agensi penguat kuasa jalan raya.

Memang ada kebenarannya kebanyakan surat pengecualian warna bas sekolah tersebut dibeli dengan harga RM5,000 hingga RM7,000 sahaja daripada pihak sindiket penipuan yang licik membuat kontrak palsu.

Mohon Kementerian Pengangkutan berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya dalam isu ini. Bantulah industri perkhidmatan bas persiaran Malaysia daripada terus terjejas.

WARGA BAS PERSIARAN HIJAU PUTIH

Johor