Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

 9

Pada 20 Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan meninjau kerja-kerja pembersihan yang sedang dijalankan sepanjang 110 kilometer yang meliputi lapan sungai iaitu Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang, Sungai Klang dan Sungai Kerayong bagi Projek River of Life (ROL).

Projek yang dilancarkan pada tahun 2011 itu bertujuan untuk mengubah kualiti air sungai utama di Lembah Klang daripada tahap tidak selamat kepada tahap selamat untuk kegunaan rekreasi.

Kerja-kerja pembersihan di bawah projek itu kini sudah 72 peratus selesai dan Perdana Menteri memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak leka dan mengambil sikap sambil lewa dalam menyempurnakan projek berkenaan.

Sebagai rekod ROL adalah Projek Permulaan di bawah Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, bertujuan menghidupkan semula Sungai Klang dan Gombak dalam bandar dan mengubahnya sebagai kawasan 'waterfront' yang berkembang maju dengan nilai ekonomi dan komersial melalui pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.

Najib berkata, ROL menggunakan kaedah pembersihan sungai dikenali 'Interceptor system P7' yang akan membantu meningkatkan kualiti air dengan cara menyekat dan merawat air longkang yang kotor.

Beliau berkata, paip-paip Interceptor akan melencongkan air sisa dan kotoran dari rumah, premis komersial dan bangunan ke loji rawatan untuk dirawat sebelum menyalurkan semula air Kelas IIB (selamat untuk kegunaan rekreasi dan tubuh) ke sungai.

Loji itu kata Perdana Menteri akan berupaya menyediakan persekitaran kondusif secara semulajadi bagi pembiakan mikroorganisme aerobik yang berupaya menyahkan 'Biochemical oxygen demand (BOD) ammoniacal nitrogen' dan pepejal terampai,

Usaha untuk mengindahkan sungai-sungai yang ada di Lembah Klang ini akan memberikan satu impak maksimum kerana selama ini sungai-sungai atau ramai yang melihatnya sebagai 'longkang' besar disebabkan keadaan tebing yang dikonkrit dan disimen sebagai tong sampah paling besar di Kuala Lumpur.

Rumah-rumah termasuk setinggan (jika ada lagi), kilang-kilang pemprosesan komersial termasuk hotel-hotel besar yang ada di ibu kota menyalurkan kumbahan mereka ke longkang dan seterusnya ke dalam sungai.

Itu kita tidak kira lagi mereka (termasuk jutaan warga asing yang menjadikan ibu kota sebagai lokasi mencari sumber pendapatan) yang menjadikan sungai-sungai utama di ibu kota sebagai tempat pembuangan sampah dan yang lebih buruk, mayat tidak kira dewasa, wanita atau kanak-kanak 'berkubur' di Sungai Klang dan akhirnya terperangkap di perangkap-perangkap sampah yang disediakan.


Rakaman video pada tahun 2015 dan dimuat naik ke YouTube yang menunjukkan mentaliti penduduk atau warga asing di Lembah Klang
 

Ini berkait rapat dengan mentaliti penduduk. Ketika kita mahu mencapai Wawasan 2020 dan kini Tranformasi Nasional 2050 (TN50), mentaliti rakyat dunia ketiga masih menebal dalam jiwa segelintir rakyat negara ini.

Lebih menyedihkan, mereka ini berada di ibu kota, kota raya yang penuh dengan keperluan dan infrastruktur moden yang dibangunkan kerajaan untuk kesejahteraan rakyatnya.

Kerajaan membelanjakan sekitar RM4.4 bilion unutk projek ROL bagi memberikan satu kehidupan berkualiti kepada rakyat namun adakah rakyat mampu merealisasikan hasrat kerajaan itu jika kita masih bermentaliti rendah?

Apapun, jika kita sama-sama berusaha ke arah kebaikan, ia pasti dapat dicapai. Sebagai contoh, video di bawah di negara jiran kita Indonesia di mana sebatang sungai di Jakarta Selatan berjaya diubah menjadi sungai yang bersih dan cantik hasil gabungan kerjasama kerajaandan juga pendudukanya.

Harus diingat, penduduk Jakarta sahaja sudah menyamai keseluruhan penduduk Malaysia dan kita juga mampu merealisasikan hasrat melihat sungai-sungai yang berjajaran di tengah-tengah kota raya bersih dan boleh dinikmati untuk kegiatan riadah dan pelancongan.

Sebagai contoh di Jepun, dahulunya ada antara sungai-sungai ini tercemar, namun kesungguhan kerajaan dan rakyatnya berjaya menjadikan sungai-sungai mereka ini antara daya tarikan utama sehingga menjadi tumpuan pelancong luar. Fikirkanlah...

 

Pesanan Jabatan Alam Sekitar. Siapa yang terkesan dengan iklan ini?

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain