Hal ini kerana menurut beliau, kebebasan berkongsi maklumat di media sosial telah membuka peluang bagi individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan ajaran salah.

Awang percaya majoriti daripada kita pernah menerima pelbagai perkara berkaitan Islam khususnya hadis Rasulullah SAW yang dikongsikan di laman sosial. Dalam berhadapan dengan keadaan itu, janganlah kita mudah percaya apatah lagi menyebarkannya sesuka hati.

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak perkara mengenai Islam disebar dan ada antaranya terang-terang tidak benar, tetapi oleh kerana diselitkan dengan hadis dan ayat al-Quran maka ramai umat Islam mempercayainya.

Justeru adalah wajar jika maklumat sedemikian dirujuk kepada mereka yang pakar terlebih dahulu.

Jangan disebabkan terlalu teruja mahu menjadi ‘ustaz atau ustazah’ dalam talian, kita menyebarkan sesuatu yang belum tentu kebenarannya atau lebih teruk lagi palsu. Kesudahannya pahala yang dicari, dosa pula yang dikutip.

AWANG – Rujuk ustaz.