Dalam meraikan perbezaan pendapat ini, apa yang penting janganlah sampai sesuatu pandangan itu menjejaskan kepen­tingan negara. Lebih mendukacitakan ada pihak yang sengaja mengeluarkan fakta mengelirukan mengenai sesuatu isu khususnya berkaitan pelaburan asing di dalam negara.

Contohnya kerjasama strategik antara Saudi Aramco dengan Petronas dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Johor. Mujurlah kerajaan dapat meyakinkan semula pelabur berkenaan.

Penyelewengan fakta boleh dianggap cubaan untuk mensa­botaj ekonomi negara. Janganlah mempertaruhkan masa hadapan negara disebabkan kepentingan politik kepartian. Bayangkan kesan buruk jika pelabur enggan melabur. Bagaimana negara mampu menjana ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan?

Awang berharap, semua pihak sama ada yang mempunyai kepentingan politik atau sebaliknya dapat mengkaji setiap fakta sebelum mengeluarkan kenyataan atau bercakap mengenainya. Jangan mengutip fakta di sana sini berdasarkan ‘dengar cakap’ yang akhirnya tidak betul. Bantulah meyakinkan pelabur.

AWANG - Menulis berdasarkan fakta.