Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG mengalu-alukan arahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya peniaga melabelkan produk yang diperbuat daripada bulu binatang seperti babi dan anjing. Diharapkan isu ini ditangani secara berhemah demi kepentingan bersama.

Pengeluar dan peniaga harus sedar bahawa isu halal haram bukan hanya terbatas kepada makanan atau minuman tetapi juga produk kegunaan harian lain. Pengguna berhak mengetahui status bahan yang digunakan lebih-lebih lagi produk import.

Bagi pengeluar tempatan, jangan sembunyikan sebarang fakta. Label pula hendaklah jelas, mudah dibaca serta dapat difahami oleh pengguna. Langkah ini dapat mengelakkan kekeliruan atau pertikaian mengenai status halal haram produk berkenaan.

Untuk mengelakkan salah tanggapan sehingga menjadi polemik, penguatkuasaan juga penting dan tidak dilakukan secara bermusim hanya apabila isu ini dibangkitkan. Perintah Perihal Dagangan (Barang Diperbuat Daripada Bahagian Babi atau Anjing) 2013 perlu dipatuhi dan dikuatkuasakan.

Langkah ini bukan mahu menyusahkan mana-mana pihak sebaliknya bagi menghormati masyarakat pelbagai kaum dan agama. Semua pihak harus sensitif terhadap isu-isu berkaitan halal haram ini supaya keharmonian bermasyarakat dapat dikekalkan.

Awang juga berharap, pengguna lebih sensitif dan melaporkan sebarang keraguan mengenai apa juga perkara berkaitan label produk termasuk bahasa yang digunakan. Bagi jangka masa panjang, pengguna juga perlu didedahkan dengan kaedah mengenali produk sama ada halal atau haram.

AWANG – Tinggal perkara meragukan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain