Mereka perlu semak dan periksa resit yang dikeluarkan setiap kali pembayaran dibuat supaya tidak ada lagi GST 6 peratus. Sikap ambil tahu dan berhati-hati juga akan mendorong pengguna menikmati harga yang sebenar­nya.
     Difahamkan peniaga memerlukan lebih banyak masa, mungkin sehingga tiga bulan untuk menukar semua tanda harga sifar GST. Maknanya dalam tempoh itu, terdapat perbezaan harga yang dipamerkan di rak barangan dan juga resit pembayaran.
    Mungkin juga dalam hal ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dapat memaklumkan kepada orang ramai mengenai data harga semasa barangan dengan GST 6 peratus dengan harga sifar GST. Pilih beberapa barang tertentu untuk dijadikan panduan semakan harga sebenar.   
Awang  juga mengingatkan pengguna supaya tidak keliru de­ngan pelaksanaan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) berikutan GST sifar itu. Kerajaan belum memutuskan tarikh pelaksa­naan SST. Semoga mulai 1 Jun ini, peniaga dapat menawarkan harga yang le­bih rendah. Kepada pengguna, gunalah hak anda untuk me­laporkan tindak-tanduk peniaga yang menimbulkan keraguan.

AWANG - Harga surat khabar kekal.