Bagaimanapun, ia harus memenuhi tiga syarat sebagaimana yang digariskan oleh ulama terkenal Mesir, Muhammad al-Ghazali iaitu:

1. Matlamatnya mesti betul, bukan bertujuan melakukan maksiat atau berseronok semata-mata.

2. Mempunyai tujuan yang benar seperti menziarahi rakan atau saudara untuk mengeratkan silaturahim.

3. Niat yang ikhlas, melancong sebagai ibadat untuk melihat kebesaran Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Antara program yang menepati ketiga-tiga syarat itu adalah Ziarah Mahabbah Kemboja 2017 kelolaan Yayasan Akademi Imam As-Syafie (YAS), 8 hingga 11 Julai lalu.

Itulah juga antara faktor daya penarik kepada pasangan usahawan pemasaran dari Pontian, Johor, Azari A. Ghani, 55, dan isteri, Siti Zaleha Rosli, 50, mengikuti program berkenaan.

“Program ini unik kerana sebelum ini kami hanya melancong ke luar negara tetapi ziarah kali ini ada pengisian rohani selain misi kemanusiaan membantu umat Islam di Kemboja.

“Kami sangat berpuas hati dengan program-program yang diatur. Memang niat kami nak berwakaf.

“Nampaknya maahad Akademi Imam Syafie (AIS) ini memberi peluang kepada kami untuk melakukan sedikit amal jariah bagi membantu para pelajar di sini,” kata Azari.