Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS), Nor Azmi Musa berkata, bagi memudahkan pembayar zakat, pihaknya akan membuka kaunter pada setiap hari termasuk cuti umum sepanjang Ramadan nanti.

“Langkah itu juga untuk menampung kehadiran umat Islam yang kebiasaannya akan mengambil kesempatan menunaikan zakat fitrah dan zakat harta sepanjang bulan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nor Azmi berkata, waktu urusan kaunter bagi Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang manakala waktu urusan bagi hari kerja biasa ialah dari pukul 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Orang ramai juga diingatkan supaya menunaikan zakat harta dan fitrah kepada amil-amil dilantik dan memiliki kad tauliah serta berwaspada dengan individu yang menyamar sebagai amil PZNS. - UTUSAN ONLINE