Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

YIT cipta aplikasi Smart Solat

Alias Abdullah menunjukkan aplikasi Smart Solat yang boleh dimuat
Alias Abdullah menunjukkan aplikasi Smart Solat yang boleh dimuat turun melalui google play store di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 23 Feb. - Yayasan Islam Terengganu (YIT) membangunkan apli­kasi Smart Solat yang memberi pengetahuan berke­naan kesem­purnaan solat dan fardu ain secara mudah bagi dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Pengarahnya, Datuk Dr. Alias Abdullah berkata, aplikasi yang boleh dimuat turun menerusi play store bagi telefon pintar Android itu memberi penerangan secara jelas mengenai kaedah solat dengan betul untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Katanya, Smart Solat yang dilengkapi gambar dan ketera­ngan terperinci berkaitan hukum solat, perkara-perkara sunat, kesem­purnaan solat dan pergerakan dalam solat itu mampu me­ningkatkan keyakinan diri seseorang untuk beramal dengan solat yang lebih sempurna.

“Apa yang lebih penting, apli­kasi ini dapat membantu pengguna mengetahui kekurangan dalam solat yang dilakukan selama ini selain dapat menilai kesempurnaan solat dari segi perbuatan dan bacaan yang sebenarnya.

“Aplikasi ini dibangunkan oleh YIT bagi kegunaan semua pe­ringkat usia khususnya kepada golongan remaja yang lebih ramai menggunakan telefon pintar. kita yakin Smart Solat dapat membantu menyemak kembali solat mereka serta memperbetulkan sekiranya ada kesalahan baik dari segi perbuatan dalam solat mahu pun bacaan,” katanya di sini.

Menurut Alias, aplikasi pertama yang dibangunkan YIT dan dilancarkan pada 2 Februari lalu itu merupakan antara yang terawal memiliki sijil piawaian ISO 9001:2015 pada 31 Januari lalu.

“Tujuan kita membangunkan aplikasi ini ialah bagi memberi panduan yang betul berkaitan ke­sempurnaan solat, malah ia sebagai langkah untuk pengguna menggunakan aplikasi ini dengan selesa tanpa rasa malu dengan kekurangan yang dilakukan selama ini.

“Ia juga bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna mendalami kesempurnaan solat secara ringkas dan berkesan,”katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain