Sementelah lagi perkara besar seperti berkongsi kenikmatan yang dikurniakan Allah turut diajar untuk diagihkan kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Menginsafi perkara tersebut, baru-baru ini Yayasan Kesejahteraan Bandar (YKB)bawah Kementerian Wilayah Persekutuan menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan yang bermatlamat menyantuni kumpulan tidak bernasib baik.

Penaung Puspanita Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Anggraini Sentiyaki berkata, fokus CSR itu membabitkan penjawat awam dan bekas penjawat serta individu tertentu yang dikenal pasti layak untuk menerima bantuan yayasan.

“YBK perlu terus menjalinkan kerjasama pintar dengan kementerian berkenaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan agensi-agensi kerajaan lain untuk menjayakan CSR, seterusnya membantu rakyat yang memerlukan.

“Sepanjang Februari lalu, lebih 20 program CSR kementerian telah dibuat membabitkan tiga wilayah dan program sebegini sebenarnya berterusan pada setiap masa, bukannya hanya pada masa-masa tertentu sahaja,” katanya.

Yang turut hadir semasa program CSR itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif YKB, Datuk Mustapha Ahmad Marican dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Sosioekonomi) kementerian, Datuk Rosida Jaafar.