Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Yadim, TH tabur bakti di Tenom

PESERTA bergotong-royong membersihkan kawasan Masjid Nurul Huda 2
PESERTA bergotong-royong membersihkan kawasan Masjid Nurul Huda Kampung Kuala Tomani, Tenom, Sabah baru-baru ini.

YAYASAN Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Sabah bersama dengan Tabung Haji (TH) baru-baru ini mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menaiki kereta api dari Kota Kinabalu ke Tenom, iaitu kawasan pedalaman Sabah.

Pengarah Yadim Sabah, Samin Ongki berkata, perjalanan menuju ke Kampung Kuala Tomani, Tenom itu disertai seramai 50 pelatih Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan masing-masing 10 kakitangan TH serta Yadim Sabah.

“Penganjur sengaja merancang perjalanan menggunakan kereta api bagi memberi pengalaman baharu kepada peserta khususnya yang belum pernah menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam tersebut,” katanya.

Perjalanan itu diceriakan dengan kehadiran dua wakil rakyat, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Ombi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, dan ADUN Bongawan, Datuk Mohamad Alamin serta Pengurus Besar Kanan (Sumber Manusia) TH, Mohd. Hisham Harun.

Tambah Samin, sepanjang perjalanan beberapa aktiviti dakwah dilaksanakan termasuk tazkirah Ambang Ramadan, persembahan nasyid, penyampaian sumbangan untuk anak-anak yatim, kuiz berkenaan Yadim dan TH, ramah mesra dan mengagihkan minuman petang kepada penumpang.

“Para peserta juga mengadakan majlis gotong royong membersihkan kawasan masjid dan tanah perkuburan kampung berkenaan, program khidmat komuniti TH dan diikuti kenduri bersama penduduk kampung,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Terkini
Video Pilihan
Artikel Lain