Antaranya, Surah an-Nisa yang membincangkan khusus mengenai hal ehwal wanita, sekali gus membuktikan Islam tidak mengabaikan wanita malah menyanjung tinggi peranan kaum Hawa.

Malahan, syarat untuk wanita masuk syurga begitu mudah. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seorang wanita yang mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya,” - Riwayat Ahmad.

Seorang wanita juga dalam Islam jika statusnya menjadi seorang ibu maka diangkat darjat mereka menjadi lebih tinggi.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali? Nabi menjawab, ibumu!’ dan orang tersebut kembali bertanya, kemudian siapa lagi? Nabi menjawab, ibumu!’ orang tersebut bertanya kembali, kemudian siapa lagi? Baginda menjawab, ibumu. Orang tersebut bertanya kembali, kemudian siapa lagi, Nabi menjawab, kemudian ayahmu.” - Riwayat Bukhari.

Wanita juga turut dihormati dalam Islam ketika peperangan apabila etika peperangan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW melarang membunuh wanita dan kanak-kanak kecuali jika mereka ikut berperang maka dibolehkan mereka diperangi.

Bagaimanapun, konflik yang berlaku di Myanmar ketika ini menyebabkan wanita kehilangan hak malah mereka turut dizalimi tentera Myanmar dengan pelbagai cara.

Sukarelawan misi kemanusiaan Malaysia, Food Flotilla for Myanmar juga melihat sendiri bagaimana kaum wanita etnik Rohingya menjadi mangsa pembersihan etnik yang dijalankan oleh tentera Myanmar itu.