Dia yang mengambil bahagian dalam acara menghafaz mem­beri­tahu, beraksi di pentas sendiri pastinya memberi kelebihan bagi dirinya berbanding peserta lain.

“Rasa gementar itu memang ada dalam mana-mana pertan­dingan, namun saya sudah terbiasa dengan pentas di tempat sendiri dan suasana dalam dewan memberikan semangat yang lebih bagi perjuangan ini.

“Saya memang menyasarkan untuk menjadi johan dalam hafazan kerana mahu mengharumkan nama Melaka serta mendapatkan tempat di Madrasah Tahfiz al-Quran Bustanul Ulum Abu Bakar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebanyak 15 peserta dalam kategori menghafaz al-Quran memperdengarkan bacaan ma­sing-masing dalam majlis yang bermula hari ini.

Sementara itu, seorang lagi peserta tuan rumah, Muhamad Insanullah Zahidi, 20, yang tampil buat kali ketiga dalam majlis menghafaz peringkat kebangsaan berkata, dia berpuas hati dengan bacaannya.

“Walaupun bertanding di nege­ri sendiri, terdapat tekanan yang dirasai kerana mahu memastikan orang Melaka berasa bangga dengan wakil mereka.

“Sokongan padu yang diterima hari ini memberikan saya sema­ngat untuk meneruskan perjua­ngan dalam program tersebut selepas ini, cuma mungkin dalam kategori yang lain,” katanya yang juga pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Dalam pada itu, hafizah dari Pulau Pinang, Siti Nor Aishah Rosley, 15, menyasarkan untuk muncul johan majlis menghafaz.

“Jika bukan sekarang, bila lagi? Walaupun kali ini bertanding di ne­geri orang, semua pentas pertandi­ngan pun memberikan suasana bersaing yang sama sahaja,” katanya yang juga pelajar Madrasah Tahfiz al-Quran Nikmatul Iman.

Selain itu, hafiz dari Terengganu, Muhammad Irfan Nazhan Saiful Azizan Azli, 24, yang membuat penampilan pertama di pe­ringkat kebangsaan hanya mahu melakukan yang terbaik dalam majlis hafazan.